Monday 29 August 2016

Pedophile



Image result
Silenced

Apa itu pedophile?

Hampa semua ingat nama bakteria ka kawan-kawan....

Ini gelaran kepada golongan dewasa yang tertarik kepada kanak-kanak secara seksual.

Atau bahasa mudahnya, depa gila seks dengan budak-budak.

Memang wujud golongan ini kat mana-mana pun tetapi perlu di ingatkan, benda macam ini boleh berlaku di sekeliling kita tanpa sedar.

Agak-agak kalu tak reti bahasa juga atau tak faham macam mana benda ini berlaku maka hampa semua dicadangkan untuk tonton filem korea ni bertajuk Silenced.

Filem ini ditayang pada tahun 2011 lagi, macam konpius ja haha.

Pasal cikgu sekolah dipindahkan ke sekolah pendidikan khas untuk mengajar di situ tetapi sekolah itu ada rahsia besar yang orang ramai tak tahu.

Kalau nak tau, boleh la hampa semua pi google naa. Abang tak kuasa nak bebel panjang lebar.

Selamat nonton kawan-kawan. 

Mata burung hantu..

Monday 28 March 2016

Diserang sakit gatal-gatal

Image result for gatal

Pada mulanya aku sangkakan gatal di badan ini benda biasa saja. Tapi bila dah dibiarkan macam tu saja aku dapat rasakan ada benda yang tak kena..

Badan terasa kepanasan yang mana kau bila lepas naik turun tangga.

Apabila badan mula berpeluh saja, terasa gatal satu badan yang amat.

Aku tak dapat duduk diam melainkan pergi mandi sekiranya berasa gatal-gatal lagi.

Aku cuba letak bedak anti bakteria tapi cuma berkesan sekejap sahaja. Bila dah hilang, beberapa jam kemudian dia datang balik.

"Ah, tak boleh jadi nih. aku kena buat sesuatu."

Bisik hatiku cuba menyedapkan perasaan sendiri. Lantas aku ceritakan hal ini kepada keluargaku.

Kebetulan emak dan kakak hendak pergi berubat atas hal yang sama, aku cerita dan mereka bersetuju apa yang aku alami ini bukan benda biasa.

Lebih kurang pukul 4 petang, mereka bersiap-siap dan bertolak ke tempat itu untuk berubat.

Manakala, aku di rumah sahaja menunggu mereka.